Saturday, February 21, 2009

Risalah Boikot

Memanjangkan seruan di mimbar-mimbar masjid di seluruh dunia, juga seruan pelbagai persatuan dan parti politik sejagat, AntiJajah menyeru anda semua memboikot produk Yahudi, serta menyebarkan wacana boikot kepada khalayak terdekat, secara bersungguh-sungguh dan konsisten. Untuk impak/kesan yang maksimum, kita perlu meboikot produk yang sama secara seragam, dan konsisten. Demi keseragaman AntiJajah memohon saudara/saudari menerima pakai senarai Boikot Terpilih yang telah diisytiharkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada 9 Januari 2009 sebagai senarai asas iaitu Coca-Cola, Colgate-Palmolive, Starbucks, dan matawang Dolar Amerika. Selain itu, AntiJajah menambah beberapa produk lain yang praktikal untuk diboikot (kerana kedapatan alternatif yang munasabah). Sila ke http://boikot-boycott.blogspot.com/ untuk makalumat lanjut, di mana anda boleh memuat-turun siri risalah-risalah boikot mengandungi senarai jenama berkaitan dengan kepentingan Zionis/Yahudi/Israel yang terdapat di Malaysia.